Monday, December 28, 2009

CUBA ATASI MASALAH PONTENG DGN ALQURAN

Pelajar sekolah masakini seolah-olah kehilangan identiti sebagai seorang pelajar sekolah yang sepatutnya dari sudut pembelajaran dan perlakuan. Jika kita lihat dewasa ini perilaku pelajar sekolah seakan-akan sudah hilang kawalan dengan perlakuan seperti ponteng sekolah, merokok, menghidu gam, menghisap dadah, pembulian, pergaduhan, pencurian, gengsterisme, vandalism, seks bebas, keruntuhan moral dan sebagainya yang boleh dikategorikan sebagai masalah kehilangan identiti dan jatidiri.

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan pembedahan masalah ponteng sekolah yang menjadi barah kepada pelajar sekolah disemua negeri di Malaysia. Jika kita mengkoreksi kes di Negeri Sembilan 17 Februari tahun ini yang mana seramai 14 pelajar sekolah tingkatan empat di kawasan rekreasi di daerah Rembau telah ditahan oleh pihak polis kerana barah ponteng ini. Kita tidak dapat nafikan bahawa barah ponteng ini semakin hari semakin menjadi-jadi sehinggakan murid sekolah rendah sanggup melakukan barah gila ini.

Sebelum kita mengupas perihal perlakuan ini harus kita selaku rakyat Malaysia memahami apa yang diinterpretasikan sebagai ponteng. Menurut Kamus Pelajar keluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka mentakrifkan ponteng sebagai meninggalkan tugas atau tanggungjawab pelajaran tanpa kebenaran. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinasikan ponteng sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Walau apa pun pendefinasian yang dibuat perlakuan ponteng lebih mudah difahami dalam ruang lingkup pelajar sekolah adalah meninggalkan tanggungjawab yang dipikul di atas bahu pelajar iaitu hadir ke sekolah untuk belajar dengan mengikut lunas-lunas peraturan yang dibuat oleh sekolah atau kegagalan pelajar untuk hadir ke sekolah secara sengaja tanpa alasan yang tepat dan munasabah.

Masalah yang timbul berkenaan barah ponteng ini adalah disebabkan beberapa faktor yang menjadi sebab musabab pelajar sekolah melakukan perlakuan sedemikian. Antara faktor utama yang menjadi punca masalah ini adalah pengaruh rakan-rakan sebaya yang boleh memusnahkan masa depan pelajar sekolah ini. Ponteng ini boleh dikatakan sebagai ketagihan yang merantai diri pelajar masa kini kerana jika sekali pelajar melakukan perbuatan ini, pasti fenomena ponteng akan berulang dan terus berulang dengan kegagalan dalam pelajaran sebagai kesudahannya.

Kegagalan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru juga menjadi faktor besar penyumbang masalah ini. Sikap malas yang dibajai oleh pelajar itu sendiri berakar umbikan pengaruh rakan-rakan sebaya yang mempunyai sikap yang sama. Datuk Abdullah Muhammad, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri (JPNS) menyatakan bahawa pelajar yang gagal menyiapkan kerja rumah yang diberikan, sengaja mengambil jalan ponteng sekolah kerana takut dimarahi guru.

Jika kita merungkai permasalahan ini pasti kita akur bahawa persekitaran kebanyakan sekolah masakini kurang kondusif atau kita katakan sebagai suasana yang membosankan. Jika kita perhatikan murid-murid prasekolah yang mana mereka amat menyukai suasana persekolahan tersebut kerana keseronokan dan keriangan belajar berorientasikan “keilmuan yang tidak membosankan“ atau kita katakan sebagai “Taman Ilmu”. Tapi masalah yang timbul di kebanyakan sekolah-sekolah adalah suasana sekolah yang seakan tanah perkuburan dan bukannya taman keilmuan.

Ada juga di antara pelajar yang ponteng disebabkan suasana segelintir pelajar sekolah bersikap gengsterisme yang mana menyebabkan pelajar-pelajar lain dibuli dan dijadikan tempat melepaskan geram. Perkara ini menyebabkan pelajar-pelajar takut untuk hadir ke sekolah atas alasan ini.

Watak guru yang garang dan membosankan menyebabkan pelajar sekolah merasa bosan untuk belajar disekolah, sedangkan watak guru sangat berperanan menarik pelajar untuk menyukai subjek yang diajar dan guru yang mengajar.

Paling menyentap suasana masakini adalah teknologi yang semakin dewasa terlampau cepat seperti game, laman-laman web dan sebagainya. Pelajar sekarang yang celik IT akan berfikiran lebih terkehadapan dari semua sudut termasuklah dari sudut hiburan hedonisme yang menyebabkan mereka lupa dan alpa peranan sebenar mereka iaitu pergi ke sekolah untuk belajar. Maka jalan yang dilalui mereka untuk terus mengikuti teknologi yang menghilangkan kewarasan akal mereka adalah membuang masa di cyber café di setiap waktu termasuklah sanggup berponteng sewaktu masa sekolah agar keseronokan mereka akan dikecapi. S.M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyatakan bahawa cyber café menjadi tempat pelajar-pelajar sekolah membuang masa atau lebih sinonim dengan istilah ponteng. Masyarakat menggaru kepala melihat gelagat pelajar-pelajar ini yang mana jika rakyat Malaysia yang prihatin pasti melihat di cyber-cyber café ada segelintir pelajar yang masih beruniform sekolah bermain computer di dalam cyber café itu. Perkara ini seakan tidak berkesudahan kerana walaupun terdapat “Garis Panduan Pengawalan Perniagaan Pusat Siber Dan Cyber Café” yang menyatakan pelajar yang berpakaian seragam tidak dibenarkan masuk ke dalam cyber café, tetapi masalah yang timbul penguatkuasaan garis panduan seperti tidak dilaksanakan.

Seharusnya bagi mengatasi masalah bahana ponteng ini dari terus berleluasa dan semakin menjadi-jadi, semua pihak harus berganding bahu merangka dan melaksanakan beberapa beban tanggungjawab agar masalah ini dapat diatasi. Sememangnya memakan masa yang lama untuk menghapuskan masalah ini, tetapi sekurang-kurangnya beberapa rangka kerja perancangan teliti dibuat agar masalah ini tidak terus menjadi barah dalam masyarakat.

YDP Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya saudara Izzat Amin Mohd Nasir menyatakan bahawa peranan yang terpenting dan individu yang terpenting dalam menyelesaikan masalah bersangkutan anak-anak adalah ibu bapa. Menukilkan beberapa panduan dalam Buku karya Abdullah Nasih Ulwan bertajuk “Tarbiyatul Aulad” menyedarkan kepada ibu bapa betapa beratnya beban tugas ibu dan bapa ini. Peranan yang dimainkan adalah bermula daripada hari pertama kelahiran anak ke dunia dengan mengajarkan dia tentang tanggungjawabnya mengenal Tuhan agar kehidupan dewasanya lebih memahami erti ketuhanan yang menyebabkan anak yang didik menjadi sempurna.

Dalam Surah Lukman ayat ke 13, Allah menukilkan perihal tanggungjawab seorang bapa dalam mendidik anak yang yang mana bermaksud:

“Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya, “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar”.

Daripada ayat ini Saudara Izzat Amin Mohd Nasir menyatakan bahawa peranan mendidik anak adalah peranan yang sangat besar. Bagi kes ponteng, ibu bapa perlulah memantau aktiviti anak-anak dengan perlakuan mereka. Ibu bapa pastinya sedia maklum perubahan demi perubahan yang dialami oleh anak yang dikandung untuk memastikan perlakuan anak tersebut benar-benar bersikap mahmudah dan bukannya mazmumah. Sekiranya perilaku sang anak mencurigakan, pihak ibu bapa harus terus berbicara dan berkongsi masalah yang dihadapi dengan pelajar yang bergelar anak itu. Sekiranya tidak mendapat sebarang maklumat maka peranan ibu bapa adalah berjumpa dengan guru yang berautoriti sama ada guru kelas atau guru disiplin untuk memastikan tingkah laku anak. Kaedah paling tepat dalam menyelesaikan bahana ponteng ini adalah dengan menanam sikap bencikan perbuatan terkutuk ini sedari kecil agar perasaan yang ditanam ini akan tumbuh subur sehingga pelajar tidak akan melakukan ponteng.

Selain peranan ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah hendaklah lebih peka dalam menangani masalah ini. Hubungan yang erat di antara kesatuan guru dan PIBG membolehkan masalah ini dapat dirangka pelan tindakan diperingkat sekolah agar pelajar yang terlibat ini sedar betapa beberapa pentingnya nilai keilmuan di dalam waktu persekolahan.

Guru-guru perlulah lebih bersikap “friendly” dengan pelajar agar pelajar lebih erat dengan guru-guru sehingga memungkinkan pelajar senang untuk menyatakan masalah mereka kepada guru yang dipercayai. Masalah inilah yang melingkari kebanyakan guru-guru yang mana lebih serius dan garang menyebabkan pelajar merasa pelajaran yang dipelajari amat membebankan dan membosankan.

Institusi persekolahan adalah institusi yang amat berperanan dalam menyelesaikan masalah ponteng sekolah ini. Tertarik dengan disiplin yang ditunjukkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar Hilir Kuantan Pahang yang mana sebelum sesi kelas dimulakan setiap jumaat semua pelajar akan membaca yasin. Pengetuanya Ibrahim Mat Akil menyatakan kesan paling ketara yang dapat dilihat menerusi program bacaan Yasin itu, pelajar yang dipanggil selepas melakukan kesalahan akan mudah menerima nasihat sekali gus tidak lagi mengulangi kesalahan yang dilakukan. Abdul Qayyum Bin M. Suhaimi pelajar Sejarah dan Tamadun Islam Universiti Malaya merasakan bahawa tindakan sekolah tersebut amat tepat dalam menyelesaikan masalah ponteng ini. Ini berikutan Al-Quran sememangnya mampu untuk melembutkan hati manusia yang keras. Beliau juga menyatakan fakta ini telah terbukti apabila sejarah membuktikan Saidina Umar Al-Khattab yang berjiwa keras sebelum Islam boleh lembut hanya dengan mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran sehingga beliau mengucap kalimat Shahadah tanda Allah melembutkan hatinya dengan sebab musabah Al-Quran. Abdul Qayyum menambah bahawa setiap sekolah di Malaysia yang mempunyai pelajar yang beragama Islam, kaedah ini dianggap sangat berkesan dengan cara ayat-ayat suci ini akan dibaca bersama-sama dengan guru, dan guru akan mentafsirkan maksud ayat tersebut. Kaedah ini tidak memakan masa yang begitu lama dan hanya sekitar 5 minit hingga ke 10 minit.

Masyarakat juga perlulah berganding bahu dalam menyelesaikan masalah ponteng ini dengan bekerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab seperti pihak sekolah, pihak polis dan keluarga pelajar tersebut. Ini kerana dengan peranan masyarakatlah sesuatu masalah yang timbul dapat diatasi dengan cara yang cepat.

Penulis tertarik untuk menyatakan dalam menyelesaikan masalah ponteng ini, semua pihak haruslah berperanan dalam menjuarai isu ini agar anak bangsa yang bakal memimpin negara Malaysia masa hadapan tidak akan sesekali melakukan masalah ponteng. Harus kita hayati bahawa cara nasihat kepada pelajar ini dengan cara yang berhikmah pasti pelajar tersebut kembali ke landasan tanggungjawb sebagai pelajar yang harus dipikul. Harus kita renungkan firman Allah s.w.t dalam surah A-‘Ashr ayat 1 hingga 3 yang bermaksud “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.

Dunia ini sementara, Akhirat kekal selamanya

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggang ku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sungguh.nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang, mengucap.......Asyhaduallailahaillallah........." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil."Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapabaru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu.datanglah.....Tapimataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta?Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara itu? kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan kila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkanlah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiang-ngiang ditelingaku.Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratulmaut......Aku semakin tegang dan semakin sendat nafasdi dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku,aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Akudi lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan danrintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau laparcu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini". "Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu.Airsusu ini membesarkanmu, nak.Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi.....". Ayah.......kau datang ayah.......". "Mati lah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapakau berubahl aku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??"Mengucap syg,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadikelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki kehujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaanAllah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandangdan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hariini?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......"."Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam tu?". "Aku"."Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya didunia ini. rambutnya yang tidak terurus,baju yang dipakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apawarna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa dipedulikannya...... jijik,loya,akurasa........teramat loya melihatnya. "Kau tak kenalaku?". "Tidak,jawabku tegas. Mana mungkin aku kenalkau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yangmembuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuathati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Akut ak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini"."Akulah amalanmu yang keji..........". Aku terdiam.Akut idak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajaridulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan didunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhlukyang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakhnanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim atau pun tidak .tapi itu semua telah berlalu dan dansudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku haruslakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kakngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini?????"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!". Aku di usung kesuatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas dibubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas....... Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayahdan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa akudi sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu."Sembahyanglah kamu sebelum kamudisembahyangkan".Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujuddan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemanadia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku."Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".Setibanya ditanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz denganjasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liangitu."Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enamkaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku."Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusitanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itujua benar........". Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan keatasku.Terasa semakin gelap dan......aku kinikeseorangan. "Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkanaku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!! "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT." "Setiap yang hidup, pasti akan menemui mati" Ingat mengingati antara satu sama lain, ialah tanggungjawab kita seagama... Tiada yang lebih daripada mengingati mati... Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.

Suatu ketika.... ( santai jap... )

masa bercinta engkau suka aku pun suka kemana pergi pun tak apa yang penting jalan berdua naik bas pun takpa jalan tengah panas pun takpa sampai melecet ketiak jadinya semua suka tiada duka
masa engkau suka aku pun suka tapai yg engkau suka aku pun suka walaupun sebenarnya tak berapa suka petai yg engkau suka, aku pun telan juga walaupun nak terjegil biji mata kita sama-sama ketawa
masa engkau suka aku pun suka Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga walaupun kau tak pernah makan sebelumnya
masa engkau suka aku pun suka pakai apa pun tak pe baju merah tudung biru pun tak ape tudung kau senget aku kata takpe gigi ken! a lipstik aku tak kisah juga engkau tetap cantik jelita
masa engkau suka aku pun suka aku pakai apapun tak ape, lupa pakai tali pinggang pun tak ape, T shirt koyak kat ketiak pun tak ape, Lupa cukur misai pun tak ape, Kau kata aku tetap handsome seadanya.
baru kahwin, kau sangat suka, aku lagilah suka macam dunia kita yg punya dua minggu terperap dalam bilik aje sampai makan pun selalu terlupa
kau sangat suka, aku lagilah suka tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa kau sangat suka, aku lagilah suka hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk aku saja bila anak dua lain pulak cerita, kau suka aku tak suka, aku suka engkau tak suka sebab petai yg engkau suka aku sangat tak suka mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya mungkin salah aku juga manjakan engkau sangat dengan petai saja
kau suka aku tak suka, aku suka engkau tak suka sebab hari-hari aku nak te! mpe aje sampai kau jemu menggoreng jadinya mulalah komplen aku anak jawa sendawa pun bau tempe aje, tapi salah kau juga kau tak pandai nak masak yang lainnya.
sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya suka ke tak suka?...

Kekosongan Jawatan

Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.
A) KEKOSONGAN JAWATAN:
Ahli Syurga Dari Awal.
Ahli Neraka Dari Awal.
Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

B) EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

C) TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

D) LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (alam barzakh).

E) KELAYAKAN:
*Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
*Anda tidak perlu bawa pingat.
*Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
*Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik,hensem atau berbadan tegap atau seksi.
*Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

F) PANEL/PENEMUDUGA: Munkar dan Nakir.

G) ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

H) CARA MEMOHON: Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

I) TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasullah SAW: Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, Silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) di perlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu:Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik Saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah SubhanahuWata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian dibuka bagi nya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya " Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras(kepala, kanan, kiri dan hujung kaki)!! Wallahu-a'lam

INSAFI DIRI

Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- Bertaubat Menyesali dosa yang telah dilakukan Tidak tergila-gilakan dunia Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya') Tinggalkan sifat berbangga Tinggalkan sifat khianat dan menipu Meninggalkan sifat dengki." "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan: Aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham! maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.

Tuesday, December 15, 2009

JOM SANTAI .....

jom kawan kita dengar ini....................

Monday, December 7, 2009

LOGO SEKOLAH SAFP 01

PENGERTIAN LOGO SEKOLAH
  • Lambang Bulan Sabit dan Bulan Sabit : Menggambarkan keagungan Islam yang menjadi paksi semua guru,murid dan warga sekolah ini serta mengambil kira kesepepaduan serta sentiasa membuat pembaharuan yang positif dari masa kesemasa.

  • Bentuk Oktagon : Berteraskan keutuhan guru dan murid-murid dalam merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Islam serta berusaha menerapkan nilai-nilai murni dalam diri

  • Warna Kuning : Melambangkan kepada nilai-nilai murni dan positif yang tinggi serta dihargai dari masa ke semasa

  • Warna Hijau : Menunjukkan keislaman dan keimanan yang sentiasa disuburkan,segar dan bertenaga

  • Warna Merah : Menunjukkan semangat yang kuat, mental yang positif dan fizikal,rohani yang serba mantap serta berwibawa untuk mencapai kecemerlangan berteraskan tema "Cemerlang-Gemilang-Terbilang"

  • Warna Putih : Menggambarkan kesucian,keikhlasan,kemurnian dan jaminan kebahagiaan di dunia dan di akhirat serta menolak sikap-sikap yang negatif

Friday, December 4, 2009

MOTTO SEKOLAH
" BERILMU - BERIMAN - BERTAKWA "
  • SESIAPA SAHAJA YANG MENJADI KELUARGA SEKOLAH INI IAITU GURU,MURID,IBU BAPA DAN STAF
  • GIGIH DAN RAJIN MENIMBA ILMU DAN BERILTIZAM MEMPERTINGKATKAN SEGALA ASPEK PELAJARAN DAN POTENSI DIRI SESEORANG SUPAYA DAPAT MEMBUDAYAKAN ILMU PENGETAHUAN DALAM LANGKAH KEHIDUPAN
  • SENTIASA BERILTIZAM DAN BERKEYAKINAN TERHADAP PELAJAR ISLAM YANG MENJADI PEWARIS DAN MEWARISI TAMADUN ISLAM SEJAGAT YANG CELIK ALQUR'AN SEBAGAI PANDUAN HIDUP YANG SEMPURNA DAN BERKEKALAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

FALSAFAH SEKOLAH

  • MENDIDIK MURID-MURID AGAR MENJADI ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH S.W.T DAN PATUH KEPADA AJARAN ISLAM SEPENUHNYA

  • MENDIDIK MURID-MURID MENGHAYATI AKHLAK RASULULLAH DAN BERUSAHA MENCONTOHI SIFAT-SIFAT BAGINDA

  • MENDIDIK MURID-MURID MENJADI MANUSIA YANG BERUPAYA MENGEMBANGKAN POTENSI DIRI YANG ADA PADA DIRINYA SUPAYA DAPAT MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BERDAYA KREATIF DAN INOVATIF UNTUK MENJADI INSAN CEMERLANG

  • MENDIDIK MURID-MURID AGAR DAPAT MENJADI MANUSIA YANG DAPAT BERBAKTI KEPADA IBU BAPA, GURU, AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA AGAR TERUS CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG

  • MENDIDIK MURID-MURID AGAR MENGAMALKAN ILMU YANG DIPELAJARI DAN MEMBUDAYAKANYA DALAM KEHUDUPAN

Thursday, December 3, 2009

TENAGA PENGAJAR SEKOLAH AGAMA FELDA PEMANIS 01

Tenaga pengajar di sekolah ini kebanyakkannya terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang kreatif , kritis serta proaktif. Murid sekolah ini adalah seramai 204 orang. Disebabkan jumlah murid yang kecil ini, maka hanya 4 orang guru sahaja yang ditempatkan dan kesemuanya PEREMPUAN termasuklah seorang guru Al-Qur'an yang berkhidmat secara sukarela mengajar mengaji di sekolah ini iaitu Puan Siti Fatimah binti Arbai. Nama Guru Besar SAFP 01 ialah USTAZAH FATIMAH Bt OMAR. Guru-guru lain yang turut bertugas di sekolah ini ialah USTAZAH HAJAH CHOM BT ABD, RAHMAN,USTAZAH RAMLAH BT. HASAN dan saya sendiri ( tentu tau nama saya kan... ). Turut membantu dalam menjaga dan menceriakan sekolah ini ialah EN. ISMAIL B. HARUN Maklumlah... sekolah besar sikit je..




Ramaikan anak murid saya ... ini hanya sebahagian sahaja. oklah... kan. Mentadbir sekolah yang semuanya perempuan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengatakan ianya sukar untuk dilaksanakan. Saya rasa sangat bersyukur diberikan peluang mengajar di sekolah ini dan saya sentiasa menerapkan jati diri positif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Semoga semua anak murid saya menjadi murid yang BERIMAN , BERILMU DAN BERAMAL sesuai dengan motto sekolah ini. Amin....




ORGANISASI BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA FELDA PEMANIS 01

BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA FELDA PEMANIS 01 merupakan organisasi yang diterajui oleh para ibu bapa yang berfungsi sebagai penyokong dan membantu pihak sekolah dalam apa jua bentuk aktiviti dan perkembangan unsur maju sekolah ini. Berlabelkan BKSAFP 01, ia diterajui oleh Tuan Haji Sabtu bin Ibrahim dengan dibantu oleh lebih kurang 30 orang ahli jawatankuasanya yang semuanya terdiri daripada para ibu dan bapa serta anak-anak peneroka. Pencapaian BKSAFP 01 ialah apabila dianugerahkan Badan Kebajikan Sekolah Agama Luar Bandar 2008 peringkat Daerah Segamat pada Sambutan Hari Guru 2008 yang lepas.

MISI DAN VISI SEKOLAH

  • Melahirkan murid-murid muslim yang berilmu serta berkemampuan mempelajari akhlak dan asas Al-Quran dengan betul
    • Mendekatkan masyarakat ke arah penerapan dan penghayatan Islam sebagai cara hidup yang sempurna.
    .Menyediakan barisan pelapis golongan manusia yang sempurna dari segi intelek Alquran dan Jawi disamping menerapkan unsur JERIS secara berterusan
    • Meningkatkan kefahaman serta pengamalan Islam dalam mencapai kemajuan ummah dan negara.


Saturday, October 31, 2009

ISU MASALAH DIKALANGAN REMAJA

Pengenalan
Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.

Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH
Masalah remaja lari daripada rumah bukanlah sesuatu yang baru. Pelbagai usaha telah dilakukan demi membendung gejala ini dari berleluasa. Kebanyakkan remaja yang lari dari rumah mengikut kajian Polis Bukit Aman (November1992/1993) ialah berumur di antara 14- 18 tahun.
Faktor-faktor yang menyebabkan anak-anak remaja lari dari rumah:
1) terasa malu dengan keluarga kerana sesuatu kegagalan.
2) Krisis dengan keluarga. Sesetengah keluarga ingin mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak.
3) Tidak dapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa sewaktu kecil.
4) Remaja mengalami tekanan jiwa kerana gagal memenuhi kehendak ibu bapa terhadap pencapaian pelajaran.
5) Rosak akhlak dan pernah menjadi mengsa rogol.
6) Degil dan tidak mendengar nasihat yang berguna daripada ibu bapa. Oleh itu ramai yang merajuk dan membawa diri.
7) Kemiskinan keluarga menyebabkan ramai yang mencari peluang pekerjaan di bandar.
8) Terpengaruh dengan pujuk rayu teman.
9) Ditipu dengan ejen sosial yang berpura-pura untuk mendapatkan pekerjaan.
10) Sengaja ingin mendapatkan keseronokan dan kebebasan kehidupan di bandar.
Bagaimanapun terdapat juga para remaja yang pandai menjaga diri dan sanggup bekerja setimpal dengan kelulusan mereka. Ibu bapa perlu memainkan perananpenting bagi mencegah berlakunya masalah ini dari berleluasa.

CARA-CARA MELAYANI DAN MENGATASI PERGOLAKAN JIWA REMAJA
Ibu bapa bertangungjawab untuk memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak remaja. Ibu bapa perlu peka dengan permasalahan konflik jiwa remaja dan sering menaihati mereka. Ibu bapa dan guru perlu mengelakkan pilih kasih semasa membimbing remaja. Anak remaja yang di alam percintaan ibu bapa bertanggungjawab menyelidiki pasangannya itu.Ibu bapa perlu memahami ilmu tentang jiwa remaja Jangan meletakkan harapan yang tinggi kepada anak remaja tetapi sentiasa memberi dorongan dan semangat dengan kebolehan yang sesuai denganmental mereka. Wujudkan komunikasi yangbaik antara ibu bapa dan remaja itu sendiri agar tiada jurang. Berikan peluang kepada remaja untuk melontarkan idea mereka.








ISU MORAL PERLU DITANGANI DENGAN KEFAHAMAN YANG SEMPURNA
Isu moral di kalangan rakyat Malaysia bukanlah perkara yang baru. Setiap hari kita berhadapan dengan isu moral rakyat Malaysia yang pelbagai, dari jenayah bunuh, rogol, rasuah, rompak, penipuan dan sebagainya, sama ada melibatkan golongan dewasa atau remaja, kolar putih atau biru, lelaki atau wanita, Melayu, Cina atau India, yang kaya atau miskin, menteri atau orang awam dan sebagainya. Ianya berulang- ulang setiap hari tanpa henti. Dalam pada itu, timbul pula aliran pemikiran yang mengatakan kegiatan yang tidak bermoral ini merupakan hak individu terbabit.Isu ini bermula secara terbuka apabila kejadian sekumpulan remaja termasuk artis terkenal ditangkap ketika pesta arak di disko Zouk pada 2004. Setelah tangkapan yang sah dibuat melalui kelulusan dan pemantaun polis, timbul suara tidak puas hati di kalangan individu dan NGO yang melihatkan tangkapan ini melanggar hak asasi mereka. Kemudian, tekanan demi tekanan yang dibuat melalui media, forum dan lobi- melobi menyebabkan Jabatan Agama Islam (JAWI) yang bertangungjawab menangkap terpaksa tunduk kepada desakan itu. Dari satu segi semacam ruang demokrasi telah mereka gunakan, dari satu segi mereka tidak hormat kepada salah satu rukun negara iaitu keluhuran perlembagaan dan sensitiviti budaya dan agama negara ini yang semestinya orang Melayu dan Islam.Persoalan yang timbul ialah, apakah perlakuan moral kita merupakan hak asasi mutlak kita? Ini bermakna, kita mempunyai hak yang mutlak untuk melakukan apa jua perbuatan, tidak kira mendatangkan kebaikan atau keburukan tanpa ada gangguan oleh mana- mana pihak, sama ada individu atau pihak berkuasa. Jawapan ini mengundang kekeliruan yang besar. Ini memandangkan, setiap manusia mempunyai tafsiran tersendiri dalam menafsir setiap perbuatan mereka.Soal pemahaman moral yang liberal dan longgar telah berakar kuat di Barat. Maka itu, tidak mustahil setiap perbuatan itu boleh jadi baik di suatu ketika dan tempat, dan boleh jadi tidak baik. Sebagai contoh ialah perkahwinan sesama jantina, yang dahulunya taboo dan dilarang sama sekali dari sudut agama dan undang- undang. Akan tetapi hari ini, perkahwinan sesama jantina diluluskan oleh mereka yang sepatutnya menentukan kayu ukur moral yang baik iaitu autoriti agama dan mahkamah. Gereja dan mahkamah telah sebulat suara menyokong perkahwinan sesama jantina yang dahulunya haram dan tidak boleh.Ini bermula kerana pertamanya, agama melalui gereja di negara Barat sudah tidak berfungsi sepenuhnya dalam mendidik dan menentukan keputusan moral manusia. Ini kerana mereka tidak mempunyai teks wahyu yang tetap seperti dalam Islam iaitu Al- Quran, dan keduanya, pihak gereja tidak lagi dipandang sebagai pihak yang paling berautoriti dalam mata pandangan masyarakat Barat. Kemudian, dari satu segi, kefahaman yang liberal dan relativisme telah berakar dalam pemikiran masyarakat Barat secara keseluruhan. Mereka mempunyai hak untuk menentukan hala tuju kehidupan masing- masing. Mereka tidak ada kriteria umum yang boleh mereka gunakan untuk mentafsirkan perlakuan moral, seperti Islam yang ada teks Al- Quran dan Hadis dan wibawa autoriti ulama Islam. Mereka yang beragama di Barat dianggap musuh terutamanya umat Islam. Fenomena yang ketara ialah apabila umat Islam banyak dilemparkan dengan tuduhan buruk seperti fundamentalis, teroris, Taliban dan sebagainya. Ini sama sekali tidak berlaku jika ada bukan Islam atau anti- moral yang melakukannya.Secara keseluruhan, fahaman liberal dalam mentafsirkan moral telah berakar dan agama tidak boleh menentukan hukuman moral kerana agama di sana bukan menjadi autoriti dan keutamaan. Akan tetapi, ini berbeza dengan negara Malaysia, yang kita fahami, menjadikan Islam sebagai agama rasmi, dibentuk melalui adat dan budaya agama yang kental, mempunyai masyarakat beragama yang banyak dan masih mempunyai prinsip dan maruah diri.Fenomena di Barat sepatutnya mengajar kita di Malaysia. Keruntuhan moral di Barat akibat pentafsiran pelbagai adalah realiti yang berlaku. Dalam konteks negara ini, isu moral perlu dilihat dalam konteks adat dan budaya yang berakar di sini. Rakyat perlu patuh kepada undang- undang dan budaya yang berada di sini. Patuh bukan bermakna dalam konteks desakan undang- undang, akan tetapi faham dengan baik dengan adat dan budaya yang telah berakar di sini.Malaysia, tidak dapat dinafikan, merupakan negara yang masih kaya dengan adat budaya tradisional. Mungkin dalam kaca mata Barat, apa jua unsur tradisional simbol kepada kemunduran dan kejumudan. Maka mereka menafikan simbol tradisional ini yang semestinya mampu lahir daripada kehidupan yang beragama.Ada yang membangkitkan bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai bangsa, dan rakyat tidak boleh diimplementasikan dengan hanya satu undang- undang sahaja. Hujah mereka ialah, mungkin peluk dan bercium antara lelaki dan perempuan bukan mahram boleh dikenakan tindakan undang- undang mahkamah syariah, dan bertentangan dengan agama dan budaya Islam itu sendiri. Akan tetapi ianya tidak bagi bukan Islam seperti India, Cina dan sebagainya. Jika sekalipun bukan undang- undang syariah dikenakan kepada bukan Islam, apa jua hukuman melarang mereka meluahkan perasaan secara terbuka yang dikatakan hak asasi mereka dikatakan melanggar hak asasi mereka.Untuk menangani isu ini, perlu pendekatan memahami sejarah pembentukan negara ini diberitahu iaitu berkaitan kontrak sosial. Soal kontrak sosial boleh dijadikan permulaan untuk meredakan segala kekusutan yang melanda. Menurut Prof. Dr Awang Sariyan (2006), kontrak sosial merupakan unsur penting dalam sejarah pembentukan bangsa dan negara ini. Menurutnya, sebelum kedatangan penjajah Inggeris, Tanah Melayu diidentifikasikan dengan penduduk asalnya yang teras iaitu Melayu. Menurutnya lagi, hakikat ini menjadi fakta sejarah yang tidak mungkin dinafikan oleh sesiapa pun kerana bukan hanya merupakan dakwaan orang Melayu semata- mata, tetapi juga dirakamkan oleh sarjana dan penulis luar termasuk dari Barat.Kemudian, penjajah datang di Tanah Melayu ini dan membawa orang Cina dan India secara pukal bekerja di sini untuk manipulasi ekonomi mereka juga dan menyebabkan situasi demogafi negara ini secara langsung berubah. Kenyataan penting juga bagaimana perjanjian kemerdekaan dicapai apabila Malaysia terpaksa menerima kaum- kaum pendatang itu sebagai warganegara yan sah apabila penjajah mendesak sekiranya ingin mencapai kemerdekaan. Menurut Prof. Dr. Awang Sariyan juga, sebagai imbangan kepada pemberian taraf kewarganegaraan itu, maka para pemimpin kaum- kaum lain itu setuju menerima peruntukan yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu, iaitu kedudukan Raja- Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan rasmi serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.Itulah yang dinamakan kontrak sosial dalam konteks pembentukan negara ini sesudah lepas dari belenggu penjajah. Susulan daripada itu, satu dasar utama negara telah dibentuk bagi memantapkan lagi pembentukan bangsa Malaysia yang baru yang berakar pada budaya dan adat teras di Malaysia, iaitu pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada 1971. Tiga asas kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu kebudayaan berteraskan kebudayaan asal rantau ini iaitu Melayu, boleh menerima kebudayaan lain asalkan ianya wajar dan sesuai dan menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan negara ini.Dasar ini tidak bersikap monopoli, kerana meraikan juga kebudayaan- kebudayaan lain yang semestinya datang dari bangsa Cina, India dan lain- lain asalkan disifatkan wajar, iaitu tidak bertentangan dengan kebudayaan Islam dan Melayu itu sendiri.Oleh itu, pemahaman yang sebenar seperti ini sudah cukup memberitahu kita bahawa sebagai rakyat Malaysia yang pelbagai kaum, kita sebenarnya telah dibentuk oleh dasar yang baik sejak negara ini merdeka. Dasar ini dianggap sebagai dasar Nyah- Barat kerana memungkinkan melahirkan bangsa Malaysia yang bebas dari jelmaan Barat dan bangsa mempunyai identiti tersendiri. Jika dasar ini tidak dibentuk, barangkali Malaysia masih mempunyai sikap dan mentaliti Barat sepenuhnya, walaupun zahirnya telah merdeka, melalui peniruan imej penjajahnya iaitu Inggeris. Ini terjadi di banyak negara seperti Algeria, Morokko, dan sebagainya apabila masih dikongkong oleh mentaliti penjajah mereka iaitu Perancis, sehinggakan bahasa Perancis lebih dominan berbanding bahasa asal mereka iaitu bahasa Arab. Malah banyak lagi ciri- ciri penting pembentukan bangsa mereka celaru akibat tiada dasar asas seperti di negara kita ini.Kesimpulannya, isu moral yang semakin meruncing ini perlu ditangani dengan bijaksana. Pendekatan hukuman masih relevan dikenakan sekiranya memang didapati bersalah. Dalam sudut yang lain, pendekatan hukuman semata tidak relevan dikenakan kerana menghambat minda kita untuk muhasabah dengan telus mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan. Oleh itu, pendekatan memahami dengan baik akan sesuatu isu amat penting dalam mendidik rakyat supaya lebih berkesedaran sivik. Pendekatan mendidik ini amat penting walaupun tidak popular, akan tetapi akhirnya dapat menyedarkan kita akan hakikat kewujudan kita sebagai rakyat Malaysia dan membuatkan kita menjadi manusia yang semakin baik dan rendah diri kepada Pencipta dan negara.

Thursday, October 29, 2009

LOKASI SEKOLAH

Untuk ke sekolah saya, anda perlu melepasi bandar kecil yang agak sesak dengan fenomena manusia yang menjalankan tanggungjawab seharian iaitu Bandar Segamat. Melepasi Sungai Segamat hinggalah ke Simpang Muadzam Shah. Ala... senang cerita boleh berpandukan kepada pelan di atas . Senang je... jika anda sesat... ramai yang akan membantu anda.. SELAMAT MENCUBA!!!!!

SEJARAH SEKOLAH

MULA DIBUKA PADA TAHUN 1982. BENTUK FIZIKAL DAN SITUASI SEKOLAH AGAMA FELDA PEMANIS 01 BERMULA DARI RUMAH PENEMPATAN PENEROKA SEBANYAK 3 BUAH RUMAH PENEMPATAN PENEROKA YANG KOSONG YANG BERALAMAT ,JALAN NO :1 BLOK 1 FELDA PEMANIS 01 UNTUK DIGUNAKAN SEBAGAI ASAS BERMULANYA ERA SEKOLAH AGAMA FELDA PEMANIS 01 DIWUJUDKAN.
PADA KETIKA ITU , PETUGAS –PETUGASNYA TERDIRI DARIPADA GURU-GURU LANTIKAN PENUH KERAJAAN JOHOR YANG DIKETUAI OLEH ALLAHYARHAM USTAZ HAJI MOGIT BIN SADIO DAN DIBANTU OLEH GURU BANTUAN BIAYAAN FELDA SENDIRI . GURU YANG BERTUGAS TERMASUK LAH USTAZ JAAFAR BIN SUPARDI , KETIKA ITU MURID SERAMAI 300 ORANG DAN 3 BUAH RUMAH KOSONG DIGUNAKAN UNTUK MENGISI MURID-MURID DARI DARJAH 1 HINGGA KE DARJAH 6 . BERMULA ERA 90-AN, SEKOLAH INI MULA BERPINDAH TAPAK BANGUNANNYA DI ATAS SEBUAH BUKIT YANG DIKHASKAN UNTUK SEKOLAH INI YANG BERSTATUSKAN BANGUNAN PERSENDIRIAN DIBAWAH KELOLAAN PIHAK PENGURUSAN FELDA PEMANIS 01.

Thursday, June 4, 2009

CANDID CAMERA

Ustzh. Hajah Chom menerima hadiah daripada murid sempena Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah 2009

Sebahagian murid membantu guru dalam urusan pendaftaran sempena Mesyuarat Agung BKSAFP 01 tahun 2009

subjek : aktiviti senaman pagi dalam Kursus Penyembelihan dan Skor Pangkat 1 bagi murid darjah 6 dan Khas SAFP 01

Subjek : Ustzh. Norhamidah sedang mencatat minit mesyuarat agung BKSAFP 01

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2009















Hari Guru Peringkat Sekolah diadakan pada 27 Mei 2009. Alamak... lupa plak nak sebut nama sekolah. Nama sekolah saya SEKOLAH AGAMA FELDA PEMANIS 01, SEGAMAT. ( ada yang dah pernah sampai ker...? ) Pihak sekolah tak sempat nak rancang permainan dan aktiviti yang aktif cuma kami buat majlis Yassin dan Tahlil sahaja. Moga dilimpahi rahmat dan berkatttttt...

SEKOLAHKU TEMPAT KERJAKU

Nama saya Norhamidah binti Ahmad. Ha.... inilah sekolah saya. Tempat saya belajar dan mengajar. Dulu... ala zaman makan ubi kayu dulu... takdelah cantik macam ni. Tapi dekorasi bangunan tu macam nilah jugak. Bila terbaca kat akhbar ada sekolah yang tak cukup prasarana dan daif, saya rasa sedih sangat. Sebab tu, saya bersyukur kata tempat saya Alhamdulillah semuanya.... CUKUPPPPPP !

BELAJAR BUAT BLOG SENDIRI

Membina blog bukanlah satu perkara yang biasa bagi saya. Zaman sekarang kita memang dituntut untuk menterbukakan minda dan fikiran kita serta cuba meneroka ke arah ilmu baru yang mungkin tidak baru bagi kebanyakan orang. Saya mungkin seorang berilmu di mata orang lain walhal tinggi atau tidaknya ilmu yang ada dalam diri saya adalah rahsia dalam genggaman Allah jua. Mungkin untuk belajar "bertatih", saya mulakan dengan memperkenalkan serba sedikit biodata saya...
Biodata saya :
Nama : Norhamidah binti Ahmad
I/C : 800201 - 01 - 5424
Tarikh Lahir : 1 Febuari 1980
Tempat Lahir : Kampung Melayu Raya, Segamat Johor
Alamat : No 41, Blok 1, Jalan Bunga Melur,Felda Pemanis 01, 85009 Segamat.
Nama Sekolah : Sekolah Agama Felda Pemanis 01
Alamat Sekolah : Jalan Seroja, Felda Pemanis 01, 85009 Segamat
Jawatan dlm Sekolah : GPK Hem ( mencabar tugas nih.. )
Powered By Blogger
 

" THE DIAMOND CASTLE " © 2008. Template Design By: SkinCorner