ISU MORAL PERLU DITANGANI DENGAN KEFAHAMAN YANG SEMPURNA
Isu moral di kalangan rakyat Malaysia bukanlah perkara yang baru. Setiap hari kita berhadapan dengan isu moral rakyat Malaysia yang pelbagai, dari jenayah bunuh, rogol, rasuah, rompak, penipuan dan sebagainya, sama ada melibatkan golongan dewasa atau remaja, kolar putih atau biru, lelaki atau wanita, Melayu, Cina atau India, yang kaya atau miskin, menteri atau orang awam dan sebagainya. Ianya berulang- ulang setiap hari tanpa henti. Dalam pada itu, timbul pula aliran pemikiran yang mengatakan kegiatan yang tidak bermoral ini merupakan hak individu terbabit.Isu ini bermula secara terbuka apabila kejadian sekumpulan remaja termasuk artis terkenal ditangkap ketika pesta arak di disko Zouk pada 2004. Setelah tangkapan yang sah dibuat melalui kelulusan dan pemantaun polis, timbul suara tidak puas hati di kalangan individu dan NGO yang melihatkan tangkapan ini melanggar hak asasi mereka. Kemudian, tekanan demi tekanan yang dibuat melalui media, forum dan lobi- melobi menyebabkan Jabatan Agama Islam (JAWI) yang bertangungjawab menangkap terpaksa tunduk kepada desakan itu. Dari satu segi semacam ruang demokrasi telah mereka gunakan, dari satu segi mereka tidak hormat kepada salah satu rukun negara iaitu keluhuran perlembagaan dan sensitiviti budaya dan agama negara ini yang semestinya orang Melayu dan Islam.Persoalan yang timbul ialah, apakah perlakuan moral kita merupakan hak asasi mutlak kita? Ini bermakna, kita mempunyai hak yang mutlak untuk melakukan apa jua perbuatan, tidak kira mendatangkan kebaikan atau keburukan tanpa ada gangguan oleh mana- mana pihak, sama ada individu atau pihak berkuasa. Jawapan ini mengundang kekeliruan yang besar. Ini memandangkan, setiap manusia mempunyai tafsiran tersendiri dalam menafsir setiap perbuatan mereka.Soal pemahaman moral yang liberal dan longgar telah berakar kuat di Barat. Maka itu, tidak mustahil setiap perbuatan itu boleh jadi baik di suatu ketika dan tempat, dan boleh jadi tidak baik. Sebagai contoh ialah perkahwinan sesama jantina, yang dahulunya taboo dan dilarang sama sekali dari sudut agama dan undang- undang. Akan tetapi hari ini, perkahwinan sesama jantina diluluskan oleh mereka yang sepatutnya menentukan kayu ukur moral yang baik iaitu autoriti agama dan mahkamah. Gereja dan mahkamah telah sebulat suara menyokong perkahwinan sesama jantina yang dahulunya haram dan tidak boleh.Ini bermula kerana pertamanya, agama melalui gereja di negara Barat sudah tidak berfungsi sepenuhnya dalam mendidik dan menentukan keputusan moral manusia. Ini kerana mereka tidak mempunyai teks wahyu yang tetap seperti dalam Islam iaitu Al- Quran, dan keduanya, pihak gereja tidak lagi dipandang sebagai pihak yang paling berautoriti dalam mata pandangan masyarakat Barat. Kemudian, dari satu segi, kefahaman yang liberal dan relativisme telah berakar dalam pemikiran masyarakat Barat secara keseluruhan. Mereka mempunyai hak untuk menentukan hala tuju kehidupan masing- masing. Mereka tidak ada kriteria umum yang boleh mereka gunakan untuk mentafsirkan perlakuan moral, seperti Islam yang ada teks Al- Quran dan Hadis dan wibawa autoriti ulama Islam. Mereka yang beragama di Barat dianggap musuh terutamanya umat Islam. Fenomena yang ketara ialah apabila umat Islam banyak dilemparkan dengan tuduhan buruk seperti fundamentalis, teroris, Taliban dan sebagainya. Ini sama sekali tidak berlaku jika ada bukan Islam atau anti- moral yang melakukannya.Secara keseluruhan, fahaman liberal dalam mentafsirkan moral telah berakar dan agama tidak boleh menentukan hukuman moral kerana agama di sana bukan menjadi autoriti dan keutamaan. Akan tetapi, ini berbeza dengan negara Malaysia, yang kita fahami, menjadikan Islam sebagai agama rasmi, dibentuk melalui adat dan budaya agama yang kental, mempunyai masyarakat beragama yang banyak dan masih mempunyai prinsip dan maruah diri.Fenomena di Barat sepatutnya mengajar kita di Malaysia. Keruntuhan moral di Barat akibat pentafsiran pelbagai adalah realiti yang berlaku. Dalam konteks negara ini, isu moral perlu dilihat dalam konteks adat dan budaya yang berakar di sini. Rakyat perlu patuh kepada undang- undang dan budaya yang berada di sini. Patuh bukan bermakna dalam konteks desakan undang- undang, akan tetapi faham dengan baik dengan adat dan budaya yang telah berakar di sini.Malaysia, tidak dapat dinafikan, merupakan negara yang masih kaya dengan adat budaya tradisional. Mungkin dalam kaca mata Barat, apa jua unsur tradisional simbol kepada kemunduran dan kejumudan. Maka mereka menafikan simbol tradisional ini yang semestinya mampu lahir daripada kehidupan yang beragama.Ada yang membangkitkan bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai bangsa, dan rakyat tidak boleh diimplementasikan dengan hanya satu undang- undang sahaja. Hujah mereka ialah, mungkin peluk dan bercium antara lelaki dan perempuan bukan mahram boleh dikenakan tindakan undang- undang mahkamah syariah, dan bertentangan dengan agama dan budaya Islam itu sendiri. Akan tetapi ianya tidak bagi bukan Islam seperti India, Cina dan sebagainya. Jika sekalipun bukan undang- undang syariah dikenakan kepada bukan Islam, apa jua hukuman melarang mereka meluahkan perasaan secara terbuka yang dikatakan hak asasi mereka dikatakan melanggar hak asasi mereka.Untuk menangani isu ini, perlu pendekatan memahami sejarah pembentukan negara ini diberitahu iaitu berkaitan kontrak sosial. Soal kontrak sosial boleh dijadikan permulaan untuk meredakan segala kekusutan yang melanda. Menurut Prof. Dr Awang Sariyan (2006), kontrak sosial merupakan unsur penting dalam sejarah pembentukan bangsa dan negara ini. Menurutnya, sebelum kedatangan penjajah Inggeris, Tanah Melayu diidentifikasikan dengan penduduk asalnya yang teras iaitu Melayu. Menurutnya lagi, hakikat ini menjadi fakta sejarah yang tidak mungkin dinafikan oleh sesiapa pun kerana bukan hanya merupakan dakwaan orang Melayu semata- mata, tetapi juga dirakamkan oleh sarjana dan penulis luar termasuk dari Barat.Kemudian, penjajah datang di Tanah Melayu ini dan membawa orang Cina dan India secara pukal bekerja di sini untuk manipulasi ekonomi mereka juga dan menyebabkan situasi demogafi negara ini secara langsung berubah. Kenyataan penting juga bagaimana perjanjian kemerdekaan dicapai apabila Malaysia terpaksa menerima kaum- kaum pendatang itu sebagai warganegara yan sah apabila penjajah mendesak sekiranya ingin mencapai kemerdekaan. Menurut Prof. Dr. Awang Sariyan juga, sebagai imbangan kepada pemberian taraf kewarganegaraan itu, maka para pemimpin kaum- kaum lain itu setuju menerima peruntukan yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu, iaitu kedudukan Raja- Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan rasmi serta hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.Itulah yang dinamakan kontrak sosial dalam konteks pembentukan negara ini sesudah lepas dari belenggu penjajah. Susulan daripada itu, satu dasar utama negara telah dibentuk bagi memantapkan lagi pembentukan bangsa Malaysia yang baru yang berakar pada budaya dan adat teras di Malaysia, iaitu pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada 1971. Tiga asas kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu kebudayaan berteraskan kebudayaan asal rantau ini iaitu Melayu, boleh menerima kebudayaan lain asalkan ianya wajar dan sesuai dan menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan negara ini.Dasar ini tidak bersikap monopoli, kerana meraikan juga kebudayaan- kebudayaan lain yang semestinya datang dari bangsa Cina, India dan lain- lain asalkan disifatkan wajar, iaitu tidak bertentangan dengan kebudayaan Islam dan Melayu itu sendiri.Oleh itu, pemahaman yang sebenar seperti ini sudah cukup memberitahu kita bahawa sebagai rakyat Malaysia yang pelbagai kaum, kita sebenarnya telah dibentuk oleh dasar yang baik sejak negara ini merdeka. Dasar ini dianggap sebagai dasar Nyah- Barat kerana memungkinkan melahirkan bangsa Malaysia yang bebas dari jelmaan Barat dan bangsa mempunyai identiti tersendiri. Jika dasar ini tidak dibentuk, barangkali Malaysia masih mempunyai sikap dan mentaliti Barat sepenuhnya, walaupun zahirnya telah merdeka, melalui peniruan imej penjajahnya iaitu Inggeris. Ini terjadi di banyak negara seperti Algeria, Morokko, dan sebagainya apabila masih dikongkong oleh mentaliti penjajah mereka iaitu Perancis, sehinggakan bahasa Perancis lebih dominan berbanding bahasa asal mereka iaitu bahasa Arab. Malah banyak lagi ciri- ciri penting pembentukan bangsa mereka celaru akibat tiada dasar asas seperti di negara kita ini.Kesimpulannya, isu moral yang semakin meruncing ini perlu ditangani dengan bijaksana. Pendekatan hukuman masih relevan dikenakan sekiranya memang didapati bersalah. Dalam sudut yang lain, pendekatan hukuman semata tidak relevan dikenakan kerana menghambat minda kita untuk muhasabah dengan telus mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan. Oleh itu, pendekatan memahami dengan baik akan sesuatu isu amat penting dalam mendidik rakyat supaya lebih berkesedaran sivik. Pendekatan mendidik ini amat penting walaupun tidak popular, akan tetapi akhirnya dapat menyedarkan kita akan hakikat kewujudan kita sebagai rakyat Malaysia dan membuatkan kita menjadi manusia yang semakin baik dan rendah diri kepada Pencipta dan negara.

0 ulasan:
Post a Comment