Monday, December 7, 2009

LOGO SEKOLAH SAFP 01

PENGERTIAN LOGO SEKOLAH
  • Lambang Bulan Sabit dan Bulan Sabit : Menggambarkan keagungan Islam yang menjadi paksi semua guru,murid dan warga sekolah ini serta mengambil kira kesepepaduan serta sentiasa membuat pembaharuan yang positif dari masa kesemasa.

  • Bentuk Oktagon : Berteraskan keutuhan guru dan murid-murid dalam merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Islam serta berusaha menerapkan nilai-nilai murni dalam diri

  • Warna Kuning : Melambangkan kepada nilai-nilai murni dan positif yang tinggi serta dihargai dari masa ke semasa

  • Warna Hijau : Menunjukkan keislaman dan keimanan yang sentiasa disuburkan,segar dan bertenaga

  • Warna Merah : Menunjukkan semangat yang kuat, mental yang positif dan fizikal,rohani yang serba mantap serta berwibawa untuk mencapai kecemerlangan berteraskan tema "Cemerlang-Gemilang-Terbilang"

  • Warna Putih : Menggambarkan kesucian,keikhlasan,kemurnian dan jaminan kebahagiaan di dunia dan di akhirat serta menolak sikap-sikap yang negatif

Friday, December 4, 2009

MOTTO SEKOLAH
" BERILMU - BERIMAN - BERTAKWA "
  • SESIAPA SAHAJA YANG MENJADI KELUARGA SEKOLAH INI IAITU GURU,MURID,IBU BAPA DAN STAF
  • GIGIH DAN RAJIN MENIMBA ILMU DAN BERILTIZAM MEMPERTINGKATKAN SEGALA ASPEK PELAJARAN DAN POTENSI DIRI SESEORANG SUPAYA DAPAT MEMBUDAYAKAN ILMU PENGETAHUAN DALAM LANGKAH KEHIDUPAN
  • SENTIASA BERILTIZAM DAN BERKEYAKINAN TERHADAP PELAJAR ISLAM YANG MENJADI PEWARIS DAN MEWARISI TAMADUN ISLAM SEJAGAT YANG CELIK ALQUR'AN SEBAGAI PANDUAN HIDUP YANG SEMPURNA DAN BERKEKALAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

FALSAFAH SEKOLAH

  • MENDIDIK MURID-MURID AGAR MENJADI ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH S.W.T DAN PATUH KEPADA AJARAN ISLAM SEPENUHNYA

  • MENDIDIK MURID-MURID MENGHAYATI AKHLAK RASULULLAH DAN BERUSAHA MENCONTOHI SIFAT-SIFAT BAGINDA

  • MENDIDIK MURID-MURID MENJADI MANUSIA YANG BERUPAYA MENGEMBANGKAN POTENSI DIRI YANG ADA PADA DIRINYA SUPAYA DAPAT MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BERDAYA KREATIF DAN INOVATIF UNTUK MENJADI INSAN CEMERLANG

  • MENDIDIK MURID-MURID AGAR DAPAT MENJADI MANUSIA YANG DAPAT BERBAKTI KEPADA IBU BAPA, GURU, AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA AGAR TERUS CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG

  • MENDIDIK MURID-MURID AGAR MENGAMALKAN ILMU YANG DIPELAJARI DAN MEMBUDAYAKANYA DALAM KEHUDUPAN

Thursday, December 3, 2009

TENAGA PENGAJAR SEKOLAH AGAMA FELDA PEMANIS 01

Tenaga pengajar di sekolah ini kebanyakkannya terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang kreatif , kritis serta proaktif. Murid sekolah ini adalah seramai 204 orang. Disebabkan jumlah murid yang kecil ini, maka hanya 4 orang guru sahaja yang ditempatkan dan kesemuanya PEREMPUAN termasuklah seorang guru Al-Qur'an yang berkhidmat secara sukarela mengajar mengaji di sekolah ini iaitu Puan Siti Fatimah binti Arbai. Nama Guru Besar SAFP 01 ialah USTAZAH FATIMAH Bt OMAR. Guru-guru lain yang turut bertugas di sekolah ini ialah USTAZAH HAJAH CHOM BT ABD, RAHMAN,USTAZAH RAMLAH BT. HASAN dan saya sendiri ( tentu tau nama saya kan... ). Turut membantu dalam menjaga dan menceriakan sekolah ini ialah EN. ISMAIL B. HARUN Maklumlah... sekolah besar sikit je..




Ramaikan anak murid saya ... ini hanya sebahagian sahaja. oklah... kan. Mentadbir sekolah yang semuanya perempuan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengatakan ianya sukar untuk dilaksanakan. Saya rasa sangat bersyukur diberikan peluang mengajar di sekolah ini dan saya sentiasa menerapkan jati diri positif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Semoga semua anak murid saya menjadi murid yang BERIMAN , BERILMU DAN BERAMAL sesuai dengan motto sekolah ini. Amin....




ORGANISASI BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA FELDA PEMANIS 01

BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA FELDA PEMANIS 01 merupakan organisasi yang diterajui oleh para ibu bapa yang berfungsi sebagai penyokong dan membantu pihak sekolah dalam apa jua bentuk aktiviti dan perkembangan unsur maju sekolah ini. Berlabelkan BKSAFP 01, ia diterajui oleh Tuan Haji Sabtu bin Ibrahim dengan dibantu oleh lebih kurang 30 orang ahli jawatankuasanya yang semuanya terdiri daripada para ibu dan bapa serta anak-anak peneroka. Pencapaian BKSAFP 01 ialah apabila dianugerahkan Badan Kebajikan Sekolah Agama Luar Bandar 2008 peringkat Daerah Segamat pada Sambutan Hari Guru 2008 yang lepas.

MISI DAN VISI SEKOLAH

  • Melahirkan murid-murid muslim yang berilmu serta berkemampuan mempelajari akhlak dan asas Al-Quran dengan betul
    • Mendekatkan masyarakat ke arah penerapan dan penghayatan Islam sebagai cara hidup yang sempurna.
    .Menyediakan barisan pelapis golongan manusia yang sempurna dari segi intelek Alquran dan Jawi disamping menerapkan unsur JERIS secara berterusan
    • Meningkatkan kefahaman serta pengamalan Islam dalam mencapai kemajuan ummah dan negara.


Saturday, October 31, 2009

ISU MASALAH DIKALANGAN REMAJA

Pengenalan
Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.

Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH
Masalah remaja lari daripada rumah bukanlah sesuatu yang baru. Pelbagai usaha telah dilakukan demi membendung gejala ini dari berleluasa. Kebanyakkan remaja yang lari dari rumah mengikut kajian Polis Bukit Aman (November1992/1993) ialah berumur di antara 14- 18 tahun.
Faktor-faktor yang menyebabkan anak-anak remaja lari dari rumah:
1) terasa malu dengan keluarga kerana sesuatu kegagalan.
2) Krisis dengan keluarga. Sesetengah keluarga ingin mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak.
3) Tidak dapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa sewaktu kecil.
4) Remaja mengalami tekanan jiwa kerana gagal memenuhi kehendak ibu bapa terhadap pencapaian pelajaran.
5) Rosak akhlak dan pernah menjadi mengsa rogol.
6) Degil dan tidak mendengar nasihat yang berguna daripada ibu bapa. Oleh itu ramai yang merajuk dan membawa diri.
7) Kemiskinan keluarga menyebabkan ramai yang mencari peluang pekerjaan di bandar.
8) Terpengaruh dengan pujuk rayu teman.
9) Ditipu dengan ejen sosial yang berpura-pura untuk mendapatkan pekerjaan.
10) Sengaja ingin mendapatkan keseronokan dan kebebasan kehidupan di bandar.
Bagaimanapun terdapat juga para remaja yang pandai menjaga diri dan sanggup bekerja setimpal dengan kelulusan mereka. Ibu bapa perlu memainkan perananpenting bagi mencegah berlakunya masalah ini dari berleluasa.

CARA-CARA MELAYANI DAN MENGATASI PERGOLAKAN JIWA REMAJA
Ibu bapa bertangungjawab untuk memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak remaja. Ibu bapa perlu peka dengan permasalahan konflik jiwa remaja dan sering menaihati mereka. Ibu bapa dan guru perlu mengelakkan pilih kasih semasa membimbing remaja. Anak remaja yang di alam percintaan ibu bapa bertanggungjawab menyelidiki pasangannya itu.Ibu bapa perlu memahami ilmu tentang jiwa remaja Jangan meletakkan harapan yang tinggi kepada anak remaja tetapi sentiasa memberi dorongan dan semangat dengan kebolehan yang sesuai denganmental mereka. Wujudkan komunikasi yangbaik antara ibu bapa dan remaja itu sendiri agar tiada jurang. Berikan peluang kepada remaja untuk melontarkan idea mereka.








Powered By Blogger
 

" THE DIAMOND CASTLE " © 2008. Template Design By: SkinCorner